Pages

Sunday 19 May 2013

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2013

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Selamat Hari Guru 
kepada semua guru di mana sahaja anda berada.

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah di KV DUHMS diadakan pada hari Jumaat, 17 Mei 2013. Hal ini kerana pada 16 Mei 2013 masih berlangsung Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 5 dan Peperiksaan KV Semester 1. 

Program sambutan dimulakan pada pukul 750 pagi, perarakan masuk tenaga pengajar KV DUHMS diiringi dengan paluan kompang oleh Pasukan Kompang KV DUHMS.
Seterusnya, diarak hingga ke astaka dan diiringi dengan bunyian gamilan dan pelajar menabur bunga rampai. 
Upacara dimulakan dengan ucapan wakil pelajar, Ketua Pengawas dan Ucapan Pengarah KV DUHMS, Pn Hjh Sharipah Hj Mashud. 

Nyanyian lagu tema Hari Guru 2013, nyanyian "KAMI GURU MALAYSIA" dan ikrar guru-guru.

Kemudian makan tengahari, sukaneka guru-guru/tenaga pengajar, penyampaian hadiah.
Kelab Guru menyediakan beberapa permainan. Antaranya ialah Pertandingan Musang Berjanggut, Pertandingan Teka Rempah, Pertandingan Belon Air, Pertandingan Span Air dan banyak lagi.


Saturday 11 May 2013

SELAMAT HARI GURU!!!

Assalamualaikum, semua guru di Malaysia mahupun di mana sahaja anda berada.

Dalam masa beberapa hari, semua guru di Malaysia bakal menyambut hari gemilang iaitu 16 Mei 2013, hari Khamis. Tema pada tahun ini ialah 
Namun, pada hari berkenaan, pihak kolej kami masih dalam menghadapi hari peperiksaan. Maka, sambutan Hari Guru hanya akan diadakan pada keesokan harinya, 17 Mei 2013, Jumaat. 

Dengan itu, kami mengucapkan Selamaat Hari Guru kepada guru-guru kami yang pernah mengajar kami dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 dan sehingga kami berjaya bergelar guru. 




Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)

Assalamualaikum, semua...

Pada tahun ini, buat pertama kalinya, kami, Panitia Sejarah KV DUHMS menyediakan Penilaian Berasaskan Sekolah. 

WOW!!!!. kami kagum dengan guru-guru sekolah harian yang sudah memulakan PBS ini. Syabas kami ucapkan kepada guru-guru ini.
Dalam tempoh beberapa bulan sebelum pentaksiran berpusat yang bakal diadakan pada 13 Mei ini iaitu esok, kami terpaksa menyiapkan PBS murid-murid. Malah, kami pula yang terkejar-kejar mencari murid-murid yang masih belum menyiapkan PBS mereka. 

Tapi, alhamdulilah, dalam tempoh masa yang diberikan ini, pihak tenaga pengajar berjaya menyiapkan PBS tersebut. Tahniah dan Syabas kepada semua tenaga pengajar KV DUHMS..
Sama-samalah kita berusaha dalam membantu anak didik kita.

P/S kepada murid : Bantulah diri anda sendiri untuk kecemerlangan anda.