Pages

Tuesday 3 September 2013

SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN DI ASRAMA KV DUHMS

Assalamualaikum w.b.t 


Sehari sebelum 31 Ogos, pihak pengurussn kolej dan asrama telah mengadakan beberapa aktiviti bagi mengingati perjuangan pemimpin tempatan dan mengenang kembali peristiwa tersebut. Panitia Sejarah KV DUHMS telah mengadakan solat hajat dan bacaan Yassin untuk pelajar Tingkatan 5 yang bakal menghadapi peperiksaan percubaan SPM dan sambutan tersebut. 
Pada pukul 10.30 malam, Pertandingan Karaoke Patriotik 2013 telah diadakan yang bertujuan menghayati lirik lagu yang mempunyai unsur patriotik. Pertandingan ini hanya melibatkan pelajar Tahun 1 KV dan sambutannya sangat meriah. 

Antara lagu yang disampaikan ialah 1 Malaysia, Warisan dan sebagainya.

Tepat pukul 12.00 malam, laungan merdeka dilaungkan bersama-sama sambil menyanyikan lagu Tanggal 31.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Sambutan yang sangat meriah dan mengkagumkan yang berjaya diadakan hasil kerjasama semua pihak.

Salah seorang peserta sedang menyampaikan nyanyian patriotik dengan menghayati maksud liriknya. 


Di atas, gambar penyokong-penyokong setiap kelas, sambil itu, mereka mengibarkan Jalur Gemilang. 

Para Juri yang terdiri daripada warden asrama KV DUHMS. Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.


Ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

No comments:

Post a Comment