Pages

Monday 23 April 2012

Sejarah...
Jika tanpamu.. kita akan lupa akar umbi
Jika tanpamu.. kita akan bersimpang siur
Jika tanpamu.. kita akan lupa diri..
Itulah kata azimat yang bersimpongan dalam bilik darjah
Aduhai!
Susah benar ingin diterjemah
pada anak bangsa yang makin lupa diri
terkinja-kinja pada nafsu diri
malas-malasan bermaharajalela
cuak benar menatap buku
yang bernama Sejarah
buntang mata melihat guru
tapi otak kian kosong
Namun...
biarlah apa saja
cuak, boring, mengantuk!
Tetap aku di situ
Memberi... demi anak bangsa
Biarlah mereka meraih
walau sebesar zarah
kerana sejarah akan terus mengajar
mendidik dan mendewasakan
mereka yang bergelar murid
menjadi insan berguna
di kemudian hari...

Nukilan : NMN
10.18pm



 

Wednesday 4 April 2012

KELAS TAMBAHAN

ASSALAM,
kelas tambahan Sejarah pada setiap malam hari Khamis diadakan seperti biasa....
kami guru-guru Sejarah sentiasa memberikan latihan kepada murid-murid kami....
Pada malam ini, kelas tambahan akan mengikut kumpulan yang telah dibahagikan...
Kumpulan 1 : pukul 8.00 - 9.00 malam di Dewan
Kumpulan 2 : pukul 8.00 - 9.00 malam di kelas 5K1
Kumpulan 3 : pukul 9.00 - 10.00 malam di kelas 5K2
Kumpulan 4 : pukul 9.00 - 10.00 malam di dewan

Tuesday 3 April 2012

KUIZ 1 Hari 1 Sejarah

assalam, alhamdulillah...
pada hari ini, Selasa, 3 April 201, pihak panitia Sejarah telah berjaya menjalankan aktiviti yang sudah dirancang pada bulan 2 yang sekian kalinya sering ditangguhkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan...
Namun, dengan izin Allah, alhamdulillah, berjaya juga dilangsungkan semalam...
untuk makluman semua, panitia Sejarah akan menggunakan setiap hari selasa semasa waktu perhimpunan untuk mengadakan aktiviti ini....
dalam aktiviti ini, guru Sejarah akan menanyakan soalan daripada buku teks Tingkatan 4 atau 5...
setiap soalan bakal dijawab oleh pelajar dan hadiah yang menarik dan praktikal diberikan kepada pelajar...
SEMOGA BERJAYA....

pada 3 april yang lepas, berikut adalah soalan yang dapat diajukan kepada pelajar...
i) Nyatakan 2 bentuk tulisan dalam Tamadun Hwang Ho dan Tamadun Indus.
JAWAPANNYA : Tamadun Hwang Ho = Ideogram
                      Tamadun Indus         = Hieroglif
ii) Berikan 3 buah negara penjajah beserta dengan negara yang dijajah.
JAWAPANNYA : British = Burma
                      Perancis = Indochina
                      sepanyol = Filipina