Pages

Monday 13 October 2014

PROGRAM KESEDARAN ASEAN KOMUNITI DI KV DUHMS 2014

Assalamualaikum w.b.t 

Sepanjang bulan September hingga awal Oktober, pihak Panitia Bahasa & Panitia Sejarah telah mengadakan Program Kesedaran Asean Komuniti yang bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan dengan negara-negara ASEAN. Hal ini kerana pada tahun 2015, Malaysia akan menjadi tuan rumah Mesyuarat Asean. 

Pada 5 Oktober 2014, KV DUHMS telah mengadakan Majlis Penutup untuk Program Kesedaran ASEAN Komuniti. Di bawah ini merupakan gambar sepanjang program berlangsung.

Pengerusi Majlis, Pn Noraini Mansor. 
Saguhati diberikan kepada penyampai maklumat berkaitan ASEAN.
Para pemenang Kuiz Sejarah ASEAN Komuniti, Mohd Fakhrulhakimie T1 CU.

- ASEAN KOMUNITI -




KELAS TAMBAHAN SEJARAH T1 & T2 KV 2014

Assalamualaikum w.b.t 

Pada 11 Oktober 2014, KV DUHMS telah mengadakan sekolah ganti akibat penyakit sakit mata yang berjangkit. Pada hari Sabtu itu, Panitia Sejarah telah mengadakan kelas tambahan untuk membuat ulangkaji modul Semester 2 Tahun 1 & Semester 4 Tahun 2 serta mengajar pelajar KV untuk menjawab soalan berbentuk esei. 

Pada awal pukul 8.00 pagi, kehadiran semua pelajar diambil oleh tenaga pengajar yang bertugas. Kemudian, pukul 8.15 pagi, kelas tambahan dimulakan dengan pelajar Tahun 1 KV di dalam Restoran Angsana. Kelas diadakan sehingga pukul 11.00 pagi dan direhatkan. Kemudian disambung pula dengan pelajar Tahun 2 Semester 4. Kelas tambahan ini tamat pada pukul 2.00 petang. 

Tenaga pengajar membimbing mengedarkan contoh kertas soalan peperiksaan KV dan mereka dikehendaki menjawab soalan. Pelajar diberi masa untuk menjawab setiap soalan dan kemudian bersama-sama dengan tenaga pengajar, kami membuat semakan. 

Setelah itu, tenaga pengajar mengajar cara menjawab soalan esei dan menulis jawapan soalan esei. Malah, cara penandaan juga ditunjukkan kepada pelajar. Kemudian pelajar menjawab sendiri dalam tempoh yang diberikan. 

P/S : Sila buat assignment dalam FROG VLE masing-masing untuk pelajar Tahun 2, manakala, pelajar Tahun 1 dikehendaki menjawab soalan kuiz dan menjawab soalan esei dan hantar kepada tenaga pengajar di site yang sama. 


Sekian terima kasih..

Kelas tambahan sejarah diadakan di Restoran Angsana.
Pn Nuraazmira Mohamed Noor membuat rumusan modul 3 & 4 sepanjang Semester 2 sebagai ulangkaji agar pelajar mengingati kembali tajuk-tajuk yang dipelajari.