Pages

Saturday 11 May 2013

Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)

Assalamualaikum, semua...

Pada tahun ini, buat pertama kalinya, kami, Panitia Sejarah KV DUHMS menyediakan Penilaian Berasaskan Sekolah. 

WOW!!!!. kami kagum dengan guru-guru sekolah harian yang sudah memulakan PBS ini. Syabas kami ucapkan kepada guru-guru ini.
Dalam tempoh beberapa bulan sebelum pentaksiran berpusat yang bakal diadakan pada 13 Mei ini iaitu esok, kami terpaksa menyiapkan PBS murid-murid. Malah, kami pula yang terkejar-kejar mencari murid-murid yang masih belum menyiapkan PBS mereka. 

Tapi, alhamdulilah, dalam tempoh masa yang diberikan ini, pihak tenaga pengajar berjaya menyiapkan PBS tersebut. Tahniah dan Syabas kepada semua tenaga pengajar KV DUHMS..
Sama-samalah kita berusaha dalam membantu anak didik kita.

P/S kepada murid : Bantulah diri anda sendiri untuk kecemerlangan anda. 




No comments:

Post a Comment