Pages

Sunday 19 May 2013

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2013

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Selamat Hari Guru 
kepada semua guru di mana sahaja anda berada.

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah di KV DUHMS diadakan pada hari Jumaat, 17 Mei 2013. Hal ini kerana pada 16 Mei 2013 masih berlangsung Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 5 dan Peperiksaan KV Semester 1. 

Program sambutan dimulakan pada pukul 750 pagi, perarakan masuk tenaga pengajar KV DUHMS diiringi dengan paluan kompang oleh Pasukan Kompang KV DUHMS.
Seterusnya, diarak hingga ke astaka dan diiringi dengan bunyian gamilan dan pelajar menabur bunga rampai. 
Upacara dimulakan dengan ucapan wakil pelajar, Ketua Pengawas dan Ucapan Pengarah KV DUHMS, Pn Hjh Sharipah Hj Mashud. 

Nyanyian lagu tema Hari Guru 2013, nyanyian "KAMI GURU MALAYSIA" dan ikrar guru-guru.

Kemudian makan tengahari, sukaneka guru-guru/tenaga pengajar, penyampaian hadiah.
Kelab Guru menyediakan beberapa permainan. Antaranya ialah Pertandingan Musang Berjanggut, Pertandingan Teka Rempah, Pertandingan Belon Air, Pertandingan Span Air dan banyak lagi.


No comments:

Post a Comment