Pages

Sunday 22 September 2013

assalamualaikum w.b.t 

Pada hari ini, genap sebulan pihak Panitia Sejarah telah mengadakan Sambutan Bulan Kemerdekaan iaitu dari 19 Ogos 2013 hingga 23 September 2013. Sambutan ini telah disambut setiap tahun. Bagi tahun, banyak aktiviti diadakan bagi memastikan pelajar KV dapat menghayati betapa pentingnya KEBEBASAN yang diperolehi kini. KEBEBASAN kini bukanlah KEBEBASAN yang mudah dicapai tapi diperolehi dengan pelbagai cara. Antaranya pertumpahan darah, keperitan hidup dan kesengsaraan hidup. 
Namun, adanya rundingan, akhirnya berjaya juga wakil orang Melayu menuntut kemerdekaan KINI. 

Pihak Panitia Sejarah telah mengadakan beberapa aktiviti seperti Pertandingan Menyanyi Patriotik, Pertandingan Jejak Maklumat, Pertandingan Surat Penghargaan kepada Dato' Onn Jaafar dan sebagainya. Pagi tadi, pihak Panitia Sejarah baru mengadakan Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan. Penyampaian hadiah diberikan kepada pemenang-pemenang. 


PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

Nyanyian pelajar-pelajar T1CU2 memeriahkan majlis. 

Gimik pelancaran dilancarkan oleh Pengarah KV DUHMS, Pn Hjh Sharipah Hj Mashud. 

Nyanyian Patriotik bersama-sama pelajar dan tenaga pengajar. 

PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU PATRIOTIK DI ASRAMA DAN KOLEJ

Nyanyian pasangan duet Pn Fazilah dan Encik Adam. 

Pasangan duet kategori pelajar.

 Juri hakim yang turut membantu dalam menyempurnakan majlis ini. 


Akhir kata, terima kasih daun keladi, akan datang bantula lagi...

Terima kasih kepada semua pihak yang membantu secara langsung atau tidak langsung selama sebulan...TERIMA KASIH yang tidak ternilai daripada kami. 


MALAYSIAKU BERDAULAT, TANAH TUMPAHNYA DARAHKU..

Tuesday 3 September 2013

SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN DI ASRAMA KV DUHMS

Assalamualaikum w.b.t 


Sehari sebelum 31 Ogos, pihak pengurussn kolej dan asrama telah mengadakan beberapa aktiviti bagi mengingati perjuangan pemimpin tempatan dan mengenang kembali peristiwa tersebut. Panitia Sejarah KV DUHMS telah mengadakan solat hajat dan bacaan Yassin untuk pelajar Tingkatan 5 yang bakal menghadapi peperiksaan percubaan SPM dan sambutan tersebut. 
Pada pukul 10.30 malam, Pertandingan Karaoke Patriotik 2013 telah diadakan yang bertujuan menghayati lirik lagu yang mempunyai unsur patriotik. Pertandingan ini hanya melibatkan pelajar Tahun 1 KV dan sambutannya sangat meriah. 

Antara lagu yang disampaikan ialah 1 Malaysia, Warisan dan sebagainya.

Tepat pukul 12.00 malam, laungan merdeka dilaungkan bersama-sama sambil menyanyikan lagu Tanggal 31.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Sambutan yang sangat meriah dan mengkagumkan yang berjaya diadakan hasil kerjasama semua pihak.

Salah seorang peserta sedang menyampaikan nyanyian patriotik dengan menghayati maksud liriknya. 


Di atas, gambar penyokong-penyokong setiap kelas, sambil itu, mereka mengibarkan Jalur Gemilang. 

Para Juri yang terdiri daripada warden asrama KV DUHMS. Terima kasih atas kerjasama yang anda berikan.


Ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

PELANCARAN BULAN PATRIOTIK

Assalamualaikum w.b.t 


Sepanjang tahun, pihak KV DUHMS telah mengadakan pelancaran Bulan Patriotik 2013. Pada 19 Ogos 2013, Panitia Sejarah KV DUHMS telah menganjurkan pelancaran tersebut. Walaupun semasa cuti, pihak-pihak yang terlibat masih dapat membantu secara langsung atau tidak langsung dalam Pelancaran Bulan Patriotik 2013. Bulan Patriotik ini disambut pada 19 Ogos hingga 23 September 2013. Sepanjang sebulan, banyak aktiviti yang telah dirancang seperti Pertandingan Kuiz spontan, Pertandingan Perkongsian Ilmu Sejarah, Pertandingan Sudut Patriotik Kelas dan sebagainya. Sambutan Bulan Patriotik ini diadakan bagi mendedahkan semangat patriotik kepada pelajar, betapa pentingnya sejarah dulu. 
Tanpa dulu, kini mungkin tiada. 

Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku

Di bawah merupakan antara gambar sepanjang Pelancaran Bulan Patriotik 2013 di KV DUHMS.
Ucapan Pengarah KV DUHMS, Pn Hjh Sharipah Hj Mashud, seterusnya merasmikan Pelancaran Bulan Patriotik 2013.

Gimik pelancaran dilancarkan oleh Puan Hjh Sharipah Hj Mashud.

Nyanyian Lagu Dirgahayu Oh Tanah Airku mengiringi gimik pelancaran yang disampaikan oleh Siti Maryam dan Siti Sarah.

Nyanyian Lagu Keranamu Malaysia mengakhiri Majlis Pelancaran Bulan Patriotik 2013.