Pages

Tuesday 3 September 2013

PELANCARAN BULAN PATRIOTIK

Assalamualaikum w.b.t 


Sepanjang tahun, pihak KV DUHMS telah mengadakan pelancaran Bulan Patriotik 2013. Pada 19 Ogos 2013, Panitia Sejarah KV DUHMS telah menganjurkan pelancaran tersebut. Walaupun semasa cuti, pihak-pihak yang terlibat masih dapat membantu secara langsung atau tidak langsung dalam Pelancaran Bulan Patriotik 2013. Bulan Patriotik ini disambut pada 19 Ogos hingga 23 September 2013. Sepanjang sebulan, banyak aktiviti yang telah dirancang seperti Pertandingan Kuiz spontan, Pertandingan Perkongsian Ilmu Sejarah, Pertandingan Sudut Patriotik Kelas dan sebagainya. Sambutan Bulan Patriotik ini diadakan bagi mendedahkan semangat patriotik kepada pelajar, betapa pentingnya sejarah dulu. 
Tanpa dulu, kini mungkin tiada. 

Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku

Di bawah merupakan antara gambar sepanjang Pelancaran Bulan Patriotik 2013 di KV DUHMS.
Ucapan Pengarah KV DUHMS, Pn Hjh Sharipah Hj Mashud, seterusnya merasmikan Pelancaran Bulan Patriotik 2013.

Gimik pelancaran dilancarkan oleh Puan Hjh Sharipah Hj Mashud.

Nyanyian Lagu Dirgahayu Oh Tanah Airku mengiringi gimik pelancaran yang disampaikan oleh Siti Maryam dan Siti Sarah.

Nyanyian Lagu Keranamu Malaysia mengakhiri Majlis Pelancaran Bulan Patriotik 2013.






No comments:

Post a Comment