Pages

Thursday 10 January 2013

FORMAT BARU UNTUK KERTAS PEPERIKSAAN SEJARAH 2013

Assalamualaikum,
Makluman untuk ibu bapa/ penjaga/ pelajar
Tahun 2013, mata pelajaran merupakan mata pelajaran yang WAJIB lulus.
SEJARAH WAJIB LULUS.

Sila klik di sini : Subjek Sejarah wajib lulus SPM

Pada tahun 2012, Ketua Panitia Sejarah telah menerima surat daripada pihak Jabatan Pelajaran dan KPM berhubung dengan format baru kertas peperiksaan sejarah bagi tahun 2013 yang mana satu penambahan kertas iaitu Kertas 3 (1249/3) yang berbentuk tugasan

Berikut merupakan format pentaksiran yang baru untuk kertas peperiksaan Sejarah  2013.


Bil
Perkara
Kertas 1 (1249/1)
Kertas 2 (1249/2)
Kertas 3 (1249/3)
1
Jenis Instrumen
Objektif
Subjektif
Tugasan
2
Jenis Item
Aneka Pilihan
Struktur & Esei
Tugasan
3
Bilangan Soalan
40 soalan
Bahagian A (Struktur)

4 soalan wajib
40 markah
(10 markah setiap soalan)


Bahagian B (Esei)

7 soalan pilihan
Jawab 3 soalan
60 markah
(20 markah)
1 Tugasan

Nota :

Tema/tajuk umum dimaklumkan kepada calon satu bulan sebelum tarikh peperiksaan bagi Kertas 3.

Tajuk tugasan serta panduan menjawab diberi pada hari peperiksaan
4
Pemberatan
30%
50%
20%
5
Jumlah Markah
40
100
100
6
Tempoh Ujian
1 jam
2 jam 30 minit
3 jam
7
Konstruk
Mengingati
Memahami
Menganalisis
Mengingati
Memahami
Mengaplikasi
Menganalisis
Menilai
Menjana idea
Memahami
Mengaplikasi
Menganalisis
Menilai
Menjana idea
Nilai
8
Cakupan Konteks
Sukatan Pelajaran Tingkatan 4 & 5
9
Aras Kesukaran
Sesuai dengan tahap pembelajaran Sejarah murid di hujung Tingkatan Lima

Subjek Sejarah bukanlah subjek yang sukar. Selalulah berkata di dalam diri yang Sejarah adalah semudah ABC.

Apa yg anda perlu lakukan :
1. Fokus kepada topik2 tumpuan bagi tahun ini 
2. Kuasai kemahiran menjawab soalan objektif, struktur & esei
3. Study group amat berkesan bagi bertukar2 maklumat & pemahaman tentang subjek Sejarah
4. Jumpalah guru yang mengajar & jangan malu bertanya jika anda masih tidak faham.






No comments:

Post a Comment