Pages

Wednesday 30 January 2013

sambutan maulidur rasul di KV DUHMS

assalamualaikum w.b.t ...
Dah beberapa hari, kita sebagai umatnya menyambut hari kelahiran Rasullullah s.a.w yang dicintai...

Selamat menyambut Maulidur rasul tahun 2013....

Bagi kami di KV DUHMS, hari tersebut merupakan sejarah untuk kolej kami, namun, kami masih mengamalkan selawat ke atas Rasullullah s.a.w bagi mengingati Rasullullah s.a.w.





Monday 21 January 2013

PENDAFTARAN TAHUN 1 KV 2013

Assalamualaikum, 
alhamdulillah, sudah selesai pendaftaran Tahun 1 KV di sini. 
Semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang...
Ramai juga ibu bapa yang menghantar anak-anak ke KV DUHMS...
Semoga anak-anak ini sedar PENGORBANAN ibu bapa mereka...
Menghantar ke kolej, keluarkan sejumlah wang untuk yuran...
satu PENGORBANAN masa, wang dan tenaga ibu bapa...
anak-anak, SEDARLAH... demi ibu ayahmu....

Start the new life for freshmen KV. yeyeye!!!
Good luck my dear students...
we gonna soon meet in the class...
wait and see!!!

For SPM students, please be aware that you're no longer form 4, but form 5, it's time for you to strike the best...there's no time to "plat play" anymore..
but i know deep inside you, still struggling to find out more about yourself and your SPM...
Special wish from us, GOOD LUCK!!!


Fighting!!!!

Tuesday 15 January 2013

RENUNGAN BERSAMA....

assalamualaikum wbt....

Untuk renungan kaum yang bergelar wanita, perempuan, budak perempuan, girl atau apa sahaja...tapi yang dilahirkan sebenarnya wanita...
Tutuplah diri anda selagi yang termampu, jagalah diri anda untuk masa depan anda...hormatilah diri anda semoga kelak, masa depan anda terang dan bercahaya....

renungilah gambar dibawah, semoga dapat memberi maksud tersirat dan mengajar saya yang menulis blog ini...

Sunday 13 January 2013

Taklimat Kertas Peperiksaan SPM Sejarah 2013

Assalamualaikum,
Pada 12 Januari yang lepas, hari Sabtu, pihak sekolah kami telah mengadakan satu program re-orientasi pelajar Tingkatan 5. Pada hari itu, panitia Sejarah telah berpeluang untuk memberi sedikit taklimat mengenai Kertas Peperiksaan Sejarah SPM 2013.


Panitia Sejarah telah memberi penerangan tentang kertas Sejarah (1249/1), (1249/2) dan (1249/3) untuk bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar. Diharap dengan pendedahan sebegini dapat membantu pelajar sejak dari mula lagi. Pelajar akan mula memahami bahawa sejarah amat mudah, semudah ABC.

Tersenyumlah anda untuk masa depan yang cerah..
ingatlah sejarah yang lalu semoga anda tidak mengulangi kesalahan yang sama berulang kali...


Thursday 10 January 2013

FORMAT BARU UNTUK KERTAS PEPERIKSAAN SEJARAH 2013

Assalamualaikum,
Makluman untuk ibu bapa/ penjaga/ pelajar
Tahun 2013, mata pelajaran merupakan mata pelajaran yang WAJIB lulus.
SEJARAH WAJIB LULUS.

Sila klik di sini : Subjek Sejarah wajib lulus SPM

Pada tahun 2012, Ketua Panitia Sejarah telah menerima surat daripada pihak Jabatan Pelajaran dan KPM berhubung dengan format baru kertas peperiksaan sejarah bagi tahun 2013 yang mana satu penambahan kertas iaitu Kertas 3 (1249/3) yang berbentuk tugasan

Berikut merupakan format pentaksiran yang baru untuk kertas peperiksaan Sejarah  2013.


Bil
Perkara
Kertas 1 (1249/1)
Kertas 2 (1249/2)
Kertas 3 (1249/3)
1
Jenis Instrumen
Objektif
Subjektif
Tugasan
2
Jenis Item
Aneka Pilihan
Struktur & Esei
Tugasan
3
Bilangan Soalan
40 soalan
Bahagian A (Struktur)

4 soalan wajib
40 markah
(10 markah setiap soalan)


Bahagian B (Esei)

7 soalan pilihan
Jawab 3 soalan
60 markah
(20 markah)
1 Tugasan

Nota :

Tema/tajuk umum dimaklumkan kepada calon satu bulan sebelum tarikh peperiksaan bagi Kertas 3.

Tajuk tugasan serta panduan menjawab diberi pada hari peperiksaan
4
Pemberatan
30%
50%
20%
5
Jumlah Markah
40
100
100
6
Tempoh Ujian
1 jam
2 jam 30 minit
3 jam
7
Konstruk
Mengingati
Memahami
Menganalisis
Mengingati
Memahami
Mengaplikasi
Menganalisis
Menilai
Menjana idea
Memahami
Mengaplikasi
Menganalisis
Menilai
Menjana idea
Nilai
8
Cakupan Konteks
Sukatan Pelajaran Tingkatan 4 & 5
9
Aras Kesukaran
Sesuai dengan tahap pembelajaran Sejarah murid di hujung Tingkatan Lima

Subjek Sejarah bukanlah subjek yang sukar. Selalulah berkata di dalam diri yang Sejarah adalah semudah ABC.

Apa yg anda perlu lakukan :
1. Fokus kepada topik2 tumpuan bagi tahun ini 
2. Kuasai kemahiran menjawab soalan objektif, struktur & esei
3. Study group amat berkesan bagi bertukar2 maklumat & pemahaman tentang subjek Sejarah
4. Jumpalah guru yang mengajar & jangan malu bertanya jika anda masih tidak faham.






Wednesday 9 January 2013

kesibukan melanda...

Assalamualaikum, 
hari ini, tenaga pengajar masing-masing sibuk dengan pelbagai aktiviti selain daripada mengajar...
masing-masing bersedia menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan selain daripada mengajar...

panitia Sejarah juga apa kurangnya, semalam kami buat mesyuarat bagi membincangkan aktiviti dan modul untuk subjek ini bagi mengajar Kolej Vokasional, 
almaklumlah, Sekolah Menengah Vokasional telah bertukar kepada Kolej vokasional, maka, kami tenaga pengajar bakal diberi pendedahan mengenai modul baru untuk Kolej. 

kira sekarang ni jadi "pensyarah" yang belum dapat sijil yang sepatutnya la...hehehe...
tapi gelaran "GURU" masih lagi kami gunakan,

SEKALI bergelar GURU, SELAMANYA bergelar GURU...

Majulah Guru...
Majulah Sejarah...



Azam baru, Historians

Assalamualaikum semua...
Today (1st of January) is history...
Today (9th January) also history for tomorrow...
Actually, everyday is history...

Sudah beberapa hari sekolah dibuka (sebenarnya baru 2 hari saja), aktiviti persekolahan seperti biasa. Cuma, pada tahun ini, subjek sejarah adalah subjek WAJIB lulus, maka, nak tak nak pelajar wajib, harus, sunat memahami subjek SEJARAH dengan sangat baik. Jika tidak, pelajar tidak akan dapat memperolehi sijil SPM dan pelajar berkemungkinan bakal mengambil paper bulan Julai 2014. (Ala, kesian dia.... )

Inilah risiko bagi pelajar dan risiko bagi guru subjek ni. (kesian kami...huhu.) 
Tambahan lagi, dengan kertas 3 yang baru diperkenalkan tahun lepas, satu kerja tambahan untuk kami, guru/tenaga pengajar dan pelajar...Tapi, tidak mengapa, kami akan terus berusaha mencapai kecemerlangan ....Semoga pelajar dapat membantu kami, guru-guru. 

Maka, azam panitia Sejarah pada tahun ini adalah berusaha sedaya upaya membantu pelajar supaya tiada seorang pun yang gagal atau memperolehi E dalam SPM tahun ini...Insyaallah, doakan usaha murni kami ini...
AMIN...moga ALLAH kabulkan...