Pages

Monday 23 April 2012

Sejarah...
Jika tanpamu.. kita akan lupa akar umbi
Jika tanpamu.. kita akan bersimpang siur
Jika tanpamu.. kita akan lupa diri..
Itulah kata azimat yang bersimpongan dalam bilik darjah
Aduhai!
Susah benar ingin diterjemah
pada anak bangsa yang makin lupa diri
terkinja-kinja pada nafsu diri
malas-malasan bermaharajalela
cuak benar menatap buku
yang bernama Sejarah
buntang mata melihat guru
tapi otak kian kosong
Namun...
biarlah apa saja
cuak, boring, mengantuk!
Tetap aku di situ
Memberi... demi anak bangsa
Biarlah mereka meraih
walau sebesar zarah
kerana sejarah akan terus mengajar
mendidik dan mendewasakan
mereka yang bergelar murid
menjadi insan berguna
di kemudian hari...

Nukilan : NMN
10.18pm



 

No comments:

Post a Comment